Oleh kerana tidak ada loyang, terpaksa letak dlm aluminium foil sebelum bakar dlm bekas yang ada lubang kat bawahnya. Rupanya dengan aluminium foil, pulut tak sepadat yang biasa, jadi nya, bahagian atas turun ke bawah. Itu yang jadi pulut berada kat tengah.Bahan Bawah - Pulut
- 1 cawan pulut
- Air
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 SB minyak
Caranya : Ikut suka masing-masing asalkan pulut tu masak.
1. Basuh pulut. Letak dalam bekas yang airnya lebih 1 inchi. Macam masak nasi.
2. Masak dalam microwave - setiap 1 minit, keluarkan dan kacau. Ulang sampai masak.
3. Letak minyak kat bawah loyang. Masukkan pulut, padatkan.
Bahan Atas
- 4 biji telur
- 1- keping gula melaka (kalau tak cukup manis, tambah gula)
- 1-2 biji kayu manis
- 1/2 cawan air
Caranya.
1. Telur dipukul hingga kembang.
2. Dalam periuk, masukkan gula melaka, cengkih + air. Masak hingga semua cair.
3. Masukkan air gula melaka ke dalam telur, sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga semuanya sebati.
4. Tuang atas pulut. Kukus hingga masak.
No comments:
Post a Comment