Sunday, April 29, 2007

Nasi Tomato



Ayam masak merah

Nasi Tomato :: Tomato Rice
Acar

 

Bahan-Bahan
1. Beras Basmathi - 3 cawan (dibasuh)
2. Tomato - 1 biji (dipotong dadu)
3. Tomato Puree/Tomato Sos - 3 sudu besar
4. Susu segar - 1 cawan
5. Air - 2 cawan

Bahan Tumis
1. Bawang putih - 2 ulas (dimayang)
2. Bawang besar - 1/4 (dimayang)
3. Kulit kayu manis - 2 inchi
4. Bunga lawang - 1
5. Buah pelaga - 1
(Saya tidak memasukkan 4&5 kerana tidak ada bahannya, tetapi nasi saya masih sedap).

Cara-cara
1. Panaskan rice cooker.
2. Masukkan marjerin
3. Bila cair masukkan bahan tumis lain.
4. Masukkan beras yang telah dibasuh. Kacau perlahan biar bercampur.
5. Masukkan tomato, air, susu dan tomato puri.
6. Masak nasi spt biasa.
7. Bila masak hias dengan bawang goreng.


Ayam Masak Merah

Bahan-bahan
1. Ayam-dibersih, digaul dengan kunyit dan sedikit garam secukupnya.
2. Cili kering - dipotong-potong dan direndam dalam air panas
3. Bawang besar - 1 biji (dipotong kecil spy senang kisar)
4. Halia - 2 inchi
5. Sos tomato - 2-3 sudu besar
7. Air asam jawa - 1/2 cawan.
6. garam dan gula secukup rasa.
8. Bawang besar - 1 biji (dimayang)

Cara-Cara
1. Goreng ayam separuh masak dan angkat.
2. Kisar cili, bawang dan halia.
3. Panaskan minyak - (agak-agak dengan banyak mana bahan yang dikisar).
4. Masukkan bahan kisar. Goreng sampai garing.
5. Masukkan sos tomato, garam dan gula secukupnya.
6. Masukkan ayam. Kacau.
7. Masukkan sedikit air asam jawa.
8. Masukkan air sekiranya terlalu pekat atau lebih suka ada sedikit kuah.


Acar :: Salad

No comments: