Nasi Air Siam - is one of my most favourite foods. Bau semerbak daun sadri yang dicampur dgn air daging memang akan melekat di hati. Dicampur dengan ikan bilis goreng yang rangup, daging goreng yang disiat halus bersama rasa halia, dan bawang putih goreng, rasa masam perahan limau purut, semuanya akan bersatu menghasilkan rasa baru di dalam bubur nasi. Tambah pula dengan rasa pedas air cili, semakin pedas semakin berpeluh. Tak akan puas menikmatinya.
Senang sangat cara membuatnya. Jangan ditambah rempah sup ke dalam air daging, kerana nanti jadi nasi sup yang sudah biasa kita rasa. Hanya air dari daging yang yang ditambah garam dan gula sedikit rasa. Bahan yang perlu digoreng, dan hanya bahan mentah lain hanya perlu dipotong segar. Selamat Mencuba!
Bahan
- Nasi > dimasak spt biasa
- Daging - 1/2 kilo
- halia - 5 inch -ditumbuk lumat
- cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
- garam, gula sesedap rasa
Bahan Hidangan
- bihun - 1/4 dari plastik-dibasuh-sejat
- bawang putih
- ikan bilis
- cili padi
- daun sup atau daun sadri- dihiris halus-halus
- limau nipis - di potong kecil-kecil
Bahan yang perlu digoreng - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun > bawang putih > ikan bilis > daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.
Cara
1. Nasi > masak seperti biasa.2. Bihun > digoreng hingga kembang - saya jarang buat langkah ni.
3. Bawang putih > goreng jangan sampai perang sangat, nanti pahit.
4. Daging > dipotong dalam ketulan besar-besar dan direbus dlm air yang banyak hingga separuh masak > Kemudian disiat/dihiris kecil-kecil ~ 1/2 cm > Digaul bersama halia yang ditumbuk > Di goreng garing > Diangkat > Hidangkan.
5. Ikan bilis > dibasuh dan disejat > Goreng hingga garing.
6. Air daging > Tambah air sebanyak yang anda suka. Tambah garam dan gula sesedap rasa.
7. Air cili > Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.
8. Cara hidangan > Ceduk nasi ke dalam periuk ikut berapa ramai yang nak makan. Masukkan air daging sebanyak yang suka. Masak sedikit sehingga nasi tersebut kembang. sedikit.
Bolehlah disendukkan ke dalam mangkuk hidangan setiap seorang. Ditaburkan semua bahan goreng, daun sadri/daun sup dan air cili dan diperah asam limau.
Tips Makan : Sila makan panas-panas. Lagi pedas lagi bertambah. Makan nasi air ni tak akan kenyang. Sedar-sedar perut dah penuh air...hehehe...Belilah tulang lembu sedikit, rebus bersama daging. Bolehlah selalu tambah air sebab masih ada tulang. Bolehlah dimakan lagi bersama bahan-bahan yang masih ada.

No comments:
Post a Comment