Sunday, February 10, 2008

Butir Nangka

Suatu hari yang lalu semasa berjalan ke Dapur Ummi ternampak Ummi buat pengat. Teringinlah pula nak buat. Jadi buatlah pengat butir nangka yang merupakan salah satu manisan negeri Cik Siti Wan Kembang. Semasa dok golek-golek butir nangka ni, sebenarnya kompius fikir kena buat kaler kuning ke kaler hijau. Bukan ke biji nangka kaler kuning, tapi dah terbubuh kaler hijau. Selepas buat, barulah search gambar kat internet, rupanya manusia lain pun buat kaler hijau juga. Pelik betul naper mereka tak buat kaler kuning. Senang rupanya nak buat, tepung pun kacau dengan sudu tak de nak comot-comot dengan tangan. Bila makan, rasanya seperti kenyal-kenyal gitu. Seorang sahabat baik memberi idea untuk masukkan inti ke dalam butir nangka ini. Kepada yang sukakan variasi dan citarasa unik masing-masing, anda bolehlah letak pelbagai inti. Kalau boleh inti yg tidak terlalu cair (susah nak buat bebola atau pecah). Seperti kacang merah, Mung Bean, Coklat pun boleh..best sebab cair kat dalam bebola tepung pulut itu. Buat banyak-banyak inti dalam satu hidangan lagi seronot, nanti boleh pakat eksperimen pelbagai rasa. Selamat Mencuba!

Bahan-Bahan
  • Tepung Pulut
  • Gula Melaka/Gula Keret/Gula Merah
  • 250 ml Santan cair
  • 1-2 biji bunga cengkih
  • 1 helai Daun Pandan/Esen Pandan
  • Air Panas

Caranya
1. Tepung pulut dicampur dengan air sedikit demi sedikit. Masukkan juga setitik dua perwarna. Masukkan air sehingga doh tidak melekat ke bekas atau tangan.
2. Sapu sedikit minyak atau marjerin di tangan. Ambik sesudu kecil doh, dan bentukkan seperti biji nangka. Buat sampai habis.
3. Panaskan santan dengan api sederhana. Tambah setengah sudu kecil garam, gula mengikut manis yang disukai, daun pandan yang disimpul dan bunga cengkih.
4. Bila mendidih, barulah dimasukkan biji-biji nangka. Apabila masak, biji-biji nangka akan timbul.

1 comment:

Nina Suria said...

Salam siti, kakmOn pun nak gak terai bijik nangka nih *selongkar peti sakti kakmOn* eik takdak pulut pulak :(