Dah lama sangat dah teringin nak makan Laksam ni. Mula-mula tengok MyResipi. Masa tu, masih rasa terlalu beginner dalam dunia masakan. Baru-baru ini, Chef Norzailina pula yang publish entry Laksam dengan panjang lebar lagi. Ditambah pula dengan gambar Laksam yang dihias cantik dengan sedadu belacan dan secubit air lada. Walaupun teruja sampai hari-hari ku pergi tenung gambar Laksam tu, masih memikirkan yang aku ni takde periuk mengukus. Tudung periuk macam mak selalu guna nak buat Laksam pun takde..camna ni. Apa yang ada hanyalah periuk nasi yang boleh mengukus, tapi terlalu kecik untuk aku letak segala jenis talam atau tapak loyang springform tu. Paling akhir, tertengok lagi Laksam di laman Zaliana. Aduhaii..teringinnya nak makan makanan kesukaan sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Memang ler ramai orang Kelantan purposely buat Laksam sebab ianya sesuai untuk kanak-kanak, tetapi kanak-kanak makan tak letak lah semua aksesori tambahan tu. Orang "besar" pun ramai yang minat juga. Pastinya antara semua jenis laksa, no 1 Laksam, no2 Laksam Asam @ Laksa Penang bagi ku.
Hari ini, berbekalkan usaha, hendak juga mencapai impian makan Laksam. Menggunakan periuk nasi yang sememangnya ada loyang berlubang untuk tujuan mengukus. Kecilnya pengukus itu, saiznya boleh muat 3 biji ramekin. Bagi menggantikan tudung periuk, nasib baik ada sebiji loyang yang muat-muat tempat kukus periuk nasi itu. Tetapi, kita perlukan sekurang-kurangnya dua tudung periuk bagi menggilirkannya. Apabila masak dikukus, terus kita gantikan dengan Laksam baru sementara menunggu sejuk. Sudah puas berfikir, aku backup aje dengan sebiji pinggan kecik yang muat-muat juga.
Kat bawah ni resipi Laksam dari Zaliana.
Laksam
Bahan Laksam
- 400 gram tepung beras
- 1.2 liter air panas
1. Gaul rata air dan tepung beras.
2. Sementara itu panaskan pengukus. Masukkan bancuhan ke atas tudung periuk atau bekas yang sewaktu dengannya lebih kurang 2mm. Kukus sampai masak. Bila sejuk sikit, gulung. Bila nak makan bolehlah dipotong.
Bahan; Kuah
- 700 gram ikan kembung
- 250 ml santan pekat (dari 1 biji kelapa)
- 500-700 ml air
- 160 gram bawang merah-kisar dengan sedikit halia
- 1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk/dikisar.
- garam
- gula
- 2 keping asam keping
1. Rebus ikan dengan garam dan asam keping. Kemudian ambil isi ikan. Blend dengan 1 cawan air. Masukkan dalam periuk.
2. Tambah bawang merah, air, santan, asam keping, garam, gula.
3. Kacau hingga masak. Masukkan air lagi jika kuah nampak terlalu pekat.

2 comments:
salam pagi jumaat siti, kakmOn aje yg belum lg test drive laksam nih. Bila tengok step2 tu, akk ingat baik beli aje kat kawan yg rajin tu. Lagi pula kalo akkk buat gak pasti 1minggu kembung makan laksam sorang, sebab anak2 tak gemar laksa huhuhuhu :(
k.mOn, bukan susah pun buat Laksam ni. Kena ada pengukus yang muat tudung periuk tu je kan. Siti yang takde yg masalah tu..hehe. Laksam tu kan kacau tepung dgn air jer, then kukus 2-3 minit. siap boleh makan dgn kuah simple tu. Paling best, part bila picit belacan dlm Laksam..hehhe...itu yg paling kick..haha..
Post a Comment