Sunday, May 11, 2008

Donut Breadmaker


3rd -Donut

2nd - Donut

Resipi Donut
(Berasakan resepi German Berliner)

* 1/2 sudu kecil garam
* 250 gm tepung
* 25 gm gula
* 1 biji kuning telur
* 1 sudu besar minyak
* 2 sudu kecil yis
* 125 ml susu suam

Cara Manual:
1. Gaul sebati tepung, gula, telur kuning, minyak.
2. Masukkan yis dalam susu suam. Tuang sedikit-sedikit susu tersebut ke dalam adunan tepung.
3. Uli sampai tak doh melekat ke bekas.
4. Buat bulat. Masukkan dalam bekas, tutup dengan plastik wrap. Letak tempat panas. Biar naik 1 kali ganda (lebih kurang 1 jam).
5. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuk-tumbuk spy keluar angin. Leperkan doh lebihkan 1/2 inchi. Bolehlah potong dengan donut cutter. (Saya takde donut cutter or scone cutter. Kita guna mulut gelas jer utk potong bulat. Lubang kat tengah tu, saya tekap dengan icing nozzle (^+^).
6. Biarkan naik sekali ganda lagi, dalam 30 min.
7. Bolehlah di goreng ya. Siap goreng, ditoskan minyak atas jaring atau mengggunakan apa-apa yang patut. Lepas sejuk, boleh dihias dengan topping.

Cara Membuat Donut menggunakan Breadmaker:
1. Masukkan semua bahan mengikut turutan di atas.
2. Pilih menu buat doh. Tunggu siap - atau boleh je stop sendiri dlm masa 20 min).
3. Ikut step ke seterusnya kat atas mula dari no.4.

Nota: Lagipun senang bila suruh breadmaker uli. Tunggu naik dan terus canai, dan tekap buat bentuk bulat. Tunggu naik lagi, terus goreng. Goreng api sederhana sahaja, sekejap je masak. Sejat minyak betul-betul sebelum letak topping. Topping menggunakan ready chocolate glazing, sebab tu nampak cantik.

No comments: