Monday, August 14, 2006
Bubur Lambuk
Bubur Lambuk sebenarnya yang dibuat oleh ibu berasal daripada Besut, Terengganu. Di antara bahan-bahan utama ialah sejenis pucuk paku berwarna perang (atau orang kelantan memanggil pucuk "niding"), ikan kering, santan dan nasi. Bubur lambuk ini adalah sangat berbeza daripada bubuk lambuk yang dikenali di Kuala Lumpur atau tempat-tempat lain di Malaysia.
Oleh kerana kepingin sangat untuk makan bubur lambuk, maka apa-apa yang seakan rupanya serupa pun sudah memadai. Setelah menggunakan "spinach creame" yang dimasak untuk dimakan bersama pasta, timbullah idea aku untuk memodifikasikan spinach creame atau krim bayam ini untuk di jadikan bubur lambuk tersebut, kerana rasa creamy-nya yang seakan-akan sama.
Resepi Bubur Lambuk
Bahan-bahan
Creame Spinach - 1 kotak (200 gm)
Santan/Susu - 500 ml
Nasi (yg telah dimasak seperti biasa)
Ikan bilis - segenggam ( ikut suka)
Halia - 1 inch
Lada Hitam halus -secukup rasa
Karot - 2 btg (ikut suka)- dpotong kecil-kecil
Garam secukup rasa
Sedikit Gula
Cara-caranya
1. Masukkan cream spinach tersebut ke dalam periuk besar, ditambah susu/santan dan air sehingga separuh periuk.
2. Masuk sekali ikan bilis, halia, karot. Masak hinggak mendidih.
3. Masukkan nasi. Sekiranya anda merasakan terlalu banyak, perlu ditambah air. Masukkan garam, gula, dan lada hitam. Masak sehingga nasi tersebut kembang.
4. Siap untuk dimakan. Cadangan hidangan, amatlah sedap sekiranya di tambah bawang goreng dan ikan bilis goreng. Kalau suka, pedas, boleh ditambah serbuk cili.
Labels:
Rice
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment