Kek Batik terkenal di kalangan remaja di kolej atau universiti kerana kerana mudah dah tidak perlu dibakar. Saya juga pernah membuatnya suatu ketika dahulu. Setelah merayau di myresipi.com, ternampak ada 2 ahli memberikan resepi kek ini, timbul idea untuk membuatnya hari ini. Hasilnya - Wow!! Perfect! Setelah dipotong, rupanya pun ada commercial value :).Bahan penting untuk kek Batik iaitu biskut Marie tidak ada di Germany. Saya menggantikannya dengan biskut "Butter Kek" yang seakan warna biskut Marie dan rasanya juga lebih kurang sama. Oleh kerana Milo yang mahal, saya hanya menggunakan serbuk minuman coklat yang lain. Susu pekat manis juga tiada, maka digantikan dengan condensed milk.
Resepi Kek Batik
Bahan-bahan
- 250 gm butter
- 1 cawan koko
- 250 gm condence milk
- 1/2 cawan serbuk minuman coklat
- 1/3 cawan gula
- 1 biji telur
- 3 paket (3 x 200 gm) -Biskut Butter Keks (Brand Biscoteria)
Cara-cara
1. Masukkan susu, butter, serbuk coklat, koko, telur dan telur ke dalam kuali. Kacau hingga butter cair dan sebati semuanya.
2. Patah-patahkan biskut, dan masukkan ke dalam kuali. Kacau hingga sehingga semua campuran coklat melekat pada biskut. (Jangan kuat sangat kacau sampai hancur biskut).
3. Lapik terlebih dahulu "aluminium foil" ke dalam bekas. Bolehlah dimasukkan campuran biskut coklat ke dalamnya. Tekan-tekan campuran tersebut. Tutup keseluruhan campuran dengan aluminium foil, dan tekan-tekan lagi biar padat. Biar sejuk-simpan dalam fridge.
4. Bolehlah dihidang.
No comments:
Post a Comment