Sunday, June 17, 2007

Mexican Bun



Resepi dari Joayee MyResepi. Resepi asal untuk membuatnya tanpa menggunakan breadmaker, sila klik di sini.
  • *Bahan-bahan doh:*
  • 400 g tepung roti & 1 sudu kecil bread improver (Kalau ada)
  • 2 1/2 sudu kecil yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • 50 g margerin - di cairkan
  • 80 g gula
  • 1 egg
  • 100ml fresh milk suam
  • 110ml air suam
  • *Bahan-bahan Topping:*
  • 120g butter/mentega
  • 120g caster sugar
  • 120g tepung gandum
  • 3 eggs
  • 1 sudu besar sebuk koko
  • *Bahan-bahan Inti:*
  • Butter + Gula secukupnya
Cara-cara

1. Masukkan semua bahan doh ke dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat roti siap, tapi kita hanya akan menggunakannya separuh jalan.
2. Setelah mesin siap menguli, biarkannya lebih kurang 1/2 jam di dalam breadmaker untuk naik. Kemudian off breakmaker.
3. Keluarkan doh dari breakmaker. Buat bulat-bulat ikut saiz kecil. Kalau doh melekat ditangan, sila guna marjerin.
4. Masukkan inti butter, atau marjerin, dan sedikit gula.
5. Susun dan jarak-jarak di atas tin pembakar. Tutup dengan kain lembab. Biar naik 2 kali ganda lagi di tempat panas.

5. Topping: Seperti membuat kek. Pukul butter dan gula sampai kembang.
6. Masukkan telur, dan akhir sekali masukkan tepung. Pukul sebati.
7. Asingkan dua bahagian. Satu bahagian original, yang satu lagi ditambah koko. Masukkan ke dalam dua plastik yang akan digunakan untuk buat piping.

8. Setelah roti anda naik, pipekan topping secara berselang-seli bermula dari tengah roti dengan topping. Bakar 160C hingga masak-lebih kurang 15 minit sahaja.

No comments: