Direct translation = Kek Gula. Tetapi saya rasa cam roti jek. Karang aku cakap kek Gula, ada orang cuba buat nanti rasa macam roti. Roti ni sesuai untuk makan petang bersama minum teh. Lembut dan senang sangat nak buat. Enak bagi mereka yang suka bau kayu manis. Resepi dari buku resipi lama German Barat. Doh diuli secara manual, tetapi saya telah modified resipi ini menggunakan breadmaker. InsyaAllah next time saya scan gambar dari buku tersebut untuk dikongsi bersama tip-tip membuat doh dari German. Basic doh ini adalah sama untuk membuat pelbagai lagi jenis roti German.Roti Gula
A: Bahan-bahan
500 gm tepung
1 peket instant yis
60 g gula
1 sudu kecil garam
1 biji telur
B: Bahan topping
100 g Shortening (Marjerin/Butter)
100 g gula
Serbuk Kayu Manis
Caranya
1. Masukkan semua bahan A ke breadmaker. Pilih menu doh. Tunggu siap.
2. Uli dan leperkan mengikut saiz bekas. Adunan ini cukup-cukup untuk loyang oven yang segi empat besar (tak ukur saiz lagi). Tutup dengan kain basah atau plastik saran wrap.
3. Biarkan doh naik di tempat panas 2 kali ganda.
4. Cairkan butter. Sapu ke atas keseluruhan permukaan doh.
5. campurkan gula dan serbuk kayu manis. Taburkan ke atas permukaan doh.
6. Bakar dalam preheated oven 225 degree 15-20 minit sahaja.
3 comments:
siti, thanks for coming to blog akak. I just want to wish u, Happy Cooking. I've enjoyed myself browsing thru' yr recipes. Good n3 for overseas students yg nak modify traditional recipes..
oo kek gula..
hmm gini adunan roti org jerman yek..nanti saya nak try la :D
Za, ini adunan utk roti simple camni atau utk cinnamon role. Nanti ct scan cara sebenar meraka buat secara manual. Tapi kalau ada breadmachine, campak jelah kan...hihi
Post a Comment