Thursday, January 03, 2008

Bananen-Dattel-Brot

Resepi ni dapat dari buku resepi German. Kalau ikut nama resepi tu, sebenarnya sejenis roti. Tapi tak guna yis. Rasanya macam kek yang tak berapa basah tapi lembut. Ada juga rasa macam kek pisang campur kek buah. Tujuan sebenar nak habiskan buah kurma yang tersimpan dari raya puasa, namun tak sia-sia buat kek ini kerana sedap dan lembut. Senang pulak tu. Kalau rakan-rakan yang dah pernah buat kek pisang, kali ni cuba tambah kurma sekali ya...

Kek Pisang-Kurma

Bahan-bahan
  • 225 g tepung
  • 2 1/2 SK serbuk penaik
  • 100 g Butter - dipotong kecil-kecil
  • 75 g gula
  • 125 g buah kurma - di potong kecil-kecil
  • 2 biji pisang
  • 2 biji telur
  • 2 SB madu

Caranya:
1. Telur, madu, pisang, gula - dikisar (saya masukkan dalam blender)
2. Campurkan tepung, serbuk penaik dan butter. Gaul sebati dengan tangah untuk buatkan butter tersebut sebati dengan tepung.
3. Masukkan bahan yang dikisar. Kacau hingga sebati. Memang doh keras sedikit, tidak seperti buat kek biasa.
4. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu marjerin/butter (spy senang dikeluarkan nanti).
5. Dibakar dalam oven yang telah di pre-heated - 160 degree. Dimasak lebih kurang 1 jam.

No comments: