Monday, January 21, 2008

Nasi Kerabu Perantau



Nasi
  • Beras - Masak seperti biasa
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 inchi halia - diketuk
Masak nasi seperti biasa. Tambah sesudu serbuk kunyit untuk menceriakan nasi dan halia ketuk supaya baunya harum. Kalau ada bunga Talang (yg kaler purple tu ), bolehlah direndam semalaman untuk digunakan sebagai warna biru nasi kerabu.

Bahan untuk Serunding Ikan
  • 3-5 ekor - Ikan Kembung/Ikan selar
  • 1/2 biji - kelapa parut
  • 1-3 biji bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
  • 1 inchi halia
  • Sedikit garam dan gula
1. Goreng kelapa parut dengan api perlahan. Sentiasalah dikacau walapun lenguh tangan supaya tak hangit ya..sehinggalah semuanya rata perang. Semasa panas suam tu, terus sahaja dikisar halus, janganlah sampai jadi minyak pula. Kisar sedikit-sedikit sekadar halus sahaja.
2. Rebus atau microwave sahaja si kembung atau sang selar kuning bersama sekeping dua asam keping dan sedikit garam. Keluarkan isi dari tulang-belulang ikan. Kisar bersama bawang merah dan halia. Campurkan ke dalam mangkuk kelapa tadi.
3. Gaulkan isi ikan dan kelapa sehingga tidak berketul-ketul. Tambahkan rasa dengan sedikit gula dan garam. Kalau mahu simpan lama, bolehlah digoreng tanpa minyak untuk mengeringkan serunding ikan ini.

Bahan untuk Ulam (ikut yang mana ada)
  • Timun
  • Karot
  • Serai
  • Kacang Panjang
  • Daun Kesum
  • Bunga Kantan
  • Kobis
  • Bawang Merah
Hiris semua ulam sehalus mungkin. kalau ikut stail asal kelantan, dihidang berasingan. Kalau nak mudah gaul jelah semua sekali...

Bahan Lain
  • Budu - Diperah limau nipis
  • Air Lada @ Cili Kisar (Cili Padi Kisar + sedikit garam, gula & cuka)
Cara Makan
Gaul nasi + Ulam + serunding ikan + sesudu budu + cili. Makan dengan keropok @ ayam goreng @ daging bakar atau apa sahaja yang sesuai.

1 comment:

yany said...

wah cukup lengkap bahan2..siap ada bawang jeruk lagi tu...