
Inilah pertama kali makan durian selepas 2 tahun di perantauan. Boleh tak anda bayangkan kalau hantu durian yang dah lama tak jumpa durian? Hihihi... tapi hantu durian ni masih boleh sabar lagi, sebab tu dia tak "ngap" ke semua 2 ulas durian yang bernilai 4 Euro tu. Dia curi makan sikit2 jek sebelum durian tu dilempar dengan terkilannya ke dalam kuah santan. Huhuhu...maka jadilah pengat durian yang boleh dimakan seminggu. Pulut yang di microwave lembut menjadi santapan bersama pengat durian atau ada yang panggil serawa durian ni. Lemak rasa dan harum baunya tidaklah terkira. Sudah cukup mengubat rindu ke kampung halaman...chewahh....ginilah seksanya menanggung rindu..entah bila dapat ku bersua dengan timbunan durian segar lagi...
Bahan
- Durian - Ikut kesesuaian.
- Gula Melaka - Ikut suka manis.
- Santan- 500 ml
- Garam - 1/2 sudu kecil
Cara
1. Masak santan dengan api sederhana.
2. + Daun Pandan @ Esen Pandan.
2. + Gula Melaka. Masak hingga hancur.
3. Masukkan durian. Cerai-ceraikan isi durian tersebut. Masak sehingga pekat.
No comments:
Post a Comment