Sunday, March 23, 2008

Donut with Macha Cream Cheese

Donut with Macha Cream Cheese - First Batch
Comootnya topping ku..

Donut with Green Tea (Macha) Topping
and White Chocolate Drizzling
-2nd Bacth-

Close Up - Donut with Green Tea Topping




Resipi Donut
(resipi asal dari buku German untuk membuat Berliner)

  • 1/2 sudu kecil garam
  • 250 gm tepung
  • 25 gm gula
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar minyak
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil susu tepung (saya tambah sendiri)
  • 125 ml susu suam

Cara Manual:
1. Gaul sebati tepung, gula, telur kuning, minyak.
2. Masukkan yis dalam susu suam. Tuang sedikit-sedikit susu tersebut ke dalam adunan tepung.
3. Uli sampai tak doh melekat ke bekas.
4. Buat bulat. Masukkan dalam bekas, tutup dengan plastik wrap. Letak tempat panas. Biar naik 1 kali ganda (lebih kurang 1 jam).
5. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuk-tumbuk spy keluar angin. Leperkan doh lebihkan 1/2 inchi. Bolehlah potong dengan donut cutter. (Saya takde donut cutter or scone cutter. Kita guna mulut gelas jer utk potong bulat. Lubang kat tengah tu, saya tekap dengan icing nozzle (^+^).
6. Bolehlah di goreng ya. Siap goreng, ditoskan minyak atas jaring atau mengggunakan apa-apa yang patut. Lepas sejuk, boleh dihias dengan topping.

Cara Membuat Donut menggunakan Breadmaker:
1. Masukkan semua bahan mengikut turutan di atas.
2. Pilih menu buat doh. Tunggu siap - atau boleh je stop sendiri dlm masa 20 min).
3. Ikut step ke seterusnya kat atas mula dari no.4.

Topping Cream Cheese

Bahan
  • 1 sudu kecil - Macha (Green Tea khas untuk Japanese Ceremony)
  • 1 cawan gula icing
  • 50 gm butter -dicairkan
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 paket (250 gm) cream cheese - dicairkan

Caranya:
1. Ayak gula dan Macha
2. Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Putar sampai lembut, sebati, creamy..
3. Bolehlah disiram atas donut. Saya masukkan dalam plastik-potong hujung plastik, dan buat design sikit-sikit.

White Chocolate Drizzling
  • 100 gm white choc - pecah-pecahkan kecil-kecil spy senang cair.
  • 25 gm butter
Caranya:
1. Campurkan choc dan butter dlm bekas.
2. Cairkan secara double boiler.
3. Letak dalam plastic atau piping bag. Bolehlah disiram-siram donut yang telah dicurah macha cream.
**Macha yang dah lama tersimpan**
Tenkiu K.hani




4 comments:

Nina Suria said...

oit pandainya cik siti wan kembang ni mengata cik bedah eik, nanti ko *patahkan magic vroom CSWK* muahahahaha I LAP U cayang

psssttt kakmOn pun setuju cheese cream frosting tu memang sedap giler dan seswai untu kek cawan sahaja. KakmOn dah test drive macha cheese cream frosting tu tau! *show-off LAGI!* biar orang german ni tak boley tidur 44ari 44mlm ngeh ngeh ngeh *tutup tanduk tumbuh atas kepala :D

Lela Ibrahim said...

Siti...akhirnya..dah lama lela duk mencari camner nak buat topping guna cheese cream, tapi lela nak wat inti roti, yum yum yum..sodap gak, ada makan kat kedai roti kat umah..

Nina Suria said...

CSWK kakmOn baru tingat, cream cheese frosting tu boleh ko sumbat dlm donut tu tau, guna botol ketchup pastik yg ade moncong pjg tuh, ko wat lah mcm cik misi tusuk ubat malaria kat tgn ko ngeh ngeh ngeh :D oooops

SA said...

k.mOn..takde botooool kicappp plastikk tu ler....
nantilah ku pi pinjam kat hospital dgn misi jarum cucuk besarrrr...

tapi...betul ler best k.mOn.. ada lagi sikit cream cheese tu...masuk dapur boleh lagi ku curi makan. rasanya nak projek barulah pulakk dgn macha niii